Wednesday, June 23, 2010



Hari Keluarga Pemantau KAS


Pada 9 Jun 2010 seramai 56 orang ahli keluarga PJS dan pemantau PBC KAS telah telah pergi bercuti ke Pulau Sibu. Tujuan ini adalah untuk merapatkan silatulrahim dan ukhwah dan saling kenal mengenali diantara keluarga. Saat yang dinantikan oleh semua terutamanya anak-anak yang telah sama2 berkorban demi perjuangan ibu dan bapa yang sering ditinggalkan disebablkan dengan program2 HPA terutama PBC. Inilah masanya para ibu dan bapa mengubat hati anak-anak mereka. Rombingan berkumpul di jeti Tanjung Leman dan menaiki bot ke Pulau Sibu. Penginapan, makan dan minum di sediakan oleh Junansa Villa Resort. Aktiviti sukaneka, snorkeling, jungle tracking lawatan ke perkampungan nelayan dan berqiamulail memnuhi acara 3Hari 2 Malam itu. 11 Jun hari Jumaat rombongan bertolak pulang dengan meninggalkan kenangan manis di Pulau Sibu.Diatas permintaan anak2 KAS akan mengatur pecutian lagi di destinasi yang lain pula insyaallah. Klick Video ini http://www.youtube.com/watch?v=qJyUYyLfmiY



Unit Blog KAS di Taman Negara


KELAH

Pengalaman semasa berada di Taman Negara Endau Rompin.
Terdapat tempat2 yang menarik untuk dikongsikan.Perjalanan memakan masa 2jam 1/2 dari Kahang ke kampung Peta.Kenderaan yang sesuai adalah pacuan 4 roda.Jika tiada pihak Taman Negara ada menyediakan dan dikenakan seorang rm70.Pendaftaran hendaklah dibuat apabila tiba di Kg Peta.Setelah selasai taklimat..kami dibawa ke jeti.Dengan menaiki bot selama 45minit kami dibawa ke Kuala Jasin.Setelah tiba di Kuala Jasin kami memulakan perjalanan yang mengambil masa 1jam 1/2 untuk sampai ke Kuala Merong.Disana terdapat Tasek Air Biru ,Upih Guling,Buaya Sangkut.Pemandangan di upih guling sangat cantik..terdapat kesan hakisan batu yang terbentuk seperti kolam.disana kami di nasihatkan supaya tidak mandi kerana air yang deras dan batu yang licin.kami hanya dibenarkan mandi di tasek air biru.Memandangkan perjalanan yang agak jauh..dan pelbagai rintangan seperti jambatan gantung,pacat..saya mencadangankan supaya ke Kuala Jasin..terdapat gambar-gambar kenangan dan Videoklip semasa di Taman Negara.Klick Video ini http://www.youtube.com/watch?v=-UIRHFuIGt0

Pertengahan dari Kahang ke Kg Peta

KG PETA


Pendaftaran dan Taklimat


Jeti Kg Peta


Kuala Jasin






Tapak Perkhemahan Kuala Merong



Tasek Air Biru






Upih Guling


Sg Kg Peta